Matawang Yen melemah ke paras terendah dua bulan lalu berbanding US dollar selepas Amerika Syarikat mengenakan China tariff pusingan kedua pada Selasa. Dalam masa yang sama hasil-bon 10 tahun AS juga telah meningkat ke paras tertinggi empat bulan yang lalu.
Matawang Pound Sterling (GBP) pula membuat sedikit kenaikan pada awal sesi Asia pagi tadi yang mencapai paras tertinggi dua bulan lalu berbanding greenback, termasuk Euro dan Yen berikutan harapan untuk Britain mendapat perjanjian dalam rundungan Brexit.
Amerika Syarikat telah menambah ketegangan perang-dagang dengan China apabila ia mengumumkan tariff pusingan kedua yang berjumlah $200 billion. Ia sekaligus mengundang tindak balas China dengan jumlah tariff sebanyak $60 billion terhadap produk dari Amerika Syarikat.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.02% setakat pada pukul 9.37 pagi.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini tidak banyak berubah dengan hanya susut 0.01%, di mana GBP/USD didagang 0.02% lebih rendah. USD/JPY pula merosot sebanyak 0.06%, dengan USD/CAD membuat kenaikan 0.05%. USD/CHF membuat penurunan 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing tidak banyak berubah setakat ini.
“Ia seperti pasaran telah menyerap (priced-in) tariff $200 billion AS selepas Trump mengumumkan untuk mengenakan tariff baru,” demikian kata Shinichiro Kadota strategist di Barclays.
Selain itu, impak juga dilihat tidak besar dengan kadar tariff dikenakan pada permulaan 10% sebelum mula dinaikkan berbanding mengenakan kadar 25% sekaligus.
Pergerakan hasil-bon AS juga melonjak berikutan kebimbangan terhadap kenaikan inflasi di Amerika Syarikat, sekaligus menyokong kenaikan pasangan matawang USD/JPY.
Dalam perkembangan Brexit, Perdana Menteri Theresa May berkata mereka dan Kesatuan Eropah semakin hampir dengan perjanjian perpisahan. Ketua perunding dari EU, Michel Barnier berkata pada Selasa bahawa Kesatuan Eropah sudah bersedia untuk menyelesaikan isu sempadan Ireland sekaligus menunjukkan usaha dalam memeterai perjanjian pada bulan hadapan.