Matawang US dollar bergerak lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain pada Selasa selepas Amerika Syarikat mengumumkan tariff pusingan kedua kepada import dari China. Perkembangan terbaru ini sekaligus telah menambah kebimbangan pasaran dalam isu perang-dagang sekaligus meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven.
Presiden Trump berkata pada Isnin bahawa dia akan mengenakan 10 peratus tariff baru terhadap $200 billion produk import dari China.
Trump berkata, jika China bertindak balas terhadap tindakan itu, “kami akan secepat mungkin menjalankan fasa ketiga, yang mana akan mengenakan tariff tambahan kepada China berjumlah $267 billion.”
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meningkat 0.08% setakat pada pukul 10 pagi hari Selasa.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini tidak banyak berubah dengan hanya naik 0.01%, di mana GBP/USD didagang 0.01% lebih rendah. USD/JPY pula meningkat sebanyak 0.02%, dengan USD/CAD juga meningkat 0.06%. USD/CHF membuat penurunan 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.14% dan 0.02% setakat ini.
“Pasaran memberi reaksi kepada tariff pusingan baru terhadap China ini dengan US dollar meningkat berbanding Euro, Sterling dan Aussie,” demikian kata Junichi Ishikawa strategist forex di IG Securities Tokyo.
“Tambahan lagi, matawang pasaran baru membangun (emerging market) juga tertekan sehingga mebambah kekuatan kepada US dollar. Pasaran kini menunggu bagaimana pula China akan memberi respon kepada perkara ini.”