US dollar membuat kenaikan pada Jumaat berbanding matawang-matawang utama dunia yang lain. US dollar dilihat menguat berbanding Yen, GBP, AUD dan NZD setakat pada pukul 3.27 petang. Semalam, US dollar dilihat mengukuh pada sesi dagangan New York yang banyak disokong oleh jangkaan inflasi yang meningkat sekaligus meningkatkan jangkaan terhadap pengetatan polisi monetari di masa akan datang.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain bagaimanapun melemah setakat ini dengan susut 0.02% setakat pada pukul 3.29 petang.
Major pair EUR/USD pada masa artikel ini ditulis jatuh 0.02% dengan GBP/USD jatuh 0.31%. USD/JPY pula naik 0.19% dan USD/CAD jatuh 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh 0.30% dan 0.55%.
Matawang paling kuat pada awal sesi Eropah hari ini adalah CAD dan yang paling lemah adalah NZD. Pair NZD/CAD setakat ini telah membuat kejatuhan sebanyak 0.56%.
US dollar dilihat membuat kenaikan seiring dengan kenaikan dalam hasil bon 10-tahun AS yang kini mencapai paras 2.90% iaitu paras tertinggi pertengahan Februari lalu. Dalam perkembangan terbaru pertemuan Trump-Abe, Presiden AS itu tidak membuat sebarang permintaan baru terhadap Jepun sekaligus mengekalkan sentimen positif ketika ini.
Jelas dilihat ketika ini matawang paling lemah adalah NZD. Apakah yang menyebabkan kejatuhan NZD? Matawang ini juga melemah bersama-sama dengan AUD walaupun kelemahan AUD tidak ketara. Pengukuhan US dollar yang disokong oleh kenaikan hasil bon kerajaan AS jelas menampakkan pasaran bon kedua-dua negara kurang menarik. Oleh itu, pelabur beralih daripada New Zealand dan Australia ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan hasil pelaburan yang sedang meningkat ketika ini.