Matawang yen mengukuh pada hari Selasa berikutan ketegangan U.S-China yang meneyebabkan kekhuatiran terhadap pertumbuhan ekonomi global.
Matawang US dolar menyusut sebanyak 0.02% berbanding yen pada bacaan 105.88.
Pengukuhan matawang yen berbanding US dolar adalah disebabkan kejatuhan parasan ekuiti dengan kejauhan sebanyak 2.2% dalam S&P 500. Saham teknologi jatuh berikutan kerisauan pelabur terhadap perang dagang.
Para pelabur menjual ekuiti US selepas China mengenakan tarif tambahan ke atas barangan U.S menyebabkan 2 ekonomi besar itu masih berseteru.
Selera risiko pelabur dilihat tidak akan pulih dalam jangka waktu yang singkat kecuali terdapat keredaan dalam ketegangan hubungan perdagangan U.S-China.
Pada ketika ini pasaran akan memberi tumpuan pada hubungan perdagangan antara China dan U.S. Pentadbiran Trump dijangka akan mengumumkan senarai tarif barangan China. Dalam masa yang sama, pasaran juga memberi tumpuan pada data U.S yang akan dikeluarkan minggu ini terutama data NFP.
Indeks U.S dolar jatuh sebanyak 0.03% iaitu kepada bacaan 89.66 setakat jam 10.30 a.m.
Matawang euro mengukuh sebanyak 0.03% berbanding US dolar pada paras 1.2306.