Matawang EURO menunjukkan pengukuhan pada dagangan Isnin berikutan sentimen pasaran semasa dilihat kembali pulih dengan pasaran minyak mentah kembali stabil. Di samping itu juga, Itali dilaporkan akan mengurangkan sasaran defisit bajet mereka dan sedikit menenangkan Kesatuan Eropah. Perkembangan positif Itali dan isu Brexit membantu pengukuhan nilai matawang EURO mengatasi sentimen data yang mengecawakan pada tinjauan perniagaan Jerman yang dikeluarkan petang tadi.
Perkembangan Brexit pula, matawang Pound Sterling turut mencatatkan kenaikan pada nilainya untuk dagangan permulaan minggu ini dengan rundingan semakin hampir mencapai persetujuan namun terdapat sedikit keraguan berkenaan Perdana Menteri Britain Theresa May untuk mendapat kelulusan Parlimen. Para pemimpin kerajaan Kesatuan Eropah telah bersetuju dan meluluskan rancangan hubungan baru antara Britain dan kesatuan Eropah tersebut dan tumpuan seterusnya adalah kepada undian parlimen terhadap perjanjian Brexit itu yang akan diadakan pada pertengahan Disember nanti.
Risiko dalam pasaran semasa dilihat semakin berkurangan dengan pasaran mengabaikan ketegangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine di mana Rusia dilaporkan telah merampas tiga kapal Ukraine. Sebaliknya, tumpuan pasaran lebih terarah kepada pertemuan di antara Presiden Trump dan Presiden Jinping pada penghujung minggu ini serta keputusan terhadap kelulusan pelan Brexit. Pasaran hadapan AS turut meningkat berikutan jualan pada Black Friday yang memberangsangkan.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.14% setakat 10:00 malam ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini mendaki 0.22%, dimana GBP/USD di dagang mengukuh 0.28%. USD/JPY pula menguat 0.33% dengan USD/CAD didagang 0.13% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang menguat pada 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.21% dan 0.28%.