US dollar bergerak stabil dan hampir tidak berubah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi dagangan London pada Khamis. Matawang greenback didagangkan bercampur-campur dengan pasaran kekal bimbang dengan serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat ke atas Syria.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.09% setakat pada pukul 4.41 petang.
Setakat ini matawang paling kuat adalah NZD dan yang paling lemah adalah Swissy, CAD dan Yen. Pair NZD/CAD setakat pada pukul 4.42 petang naik 0.53%, NZD/CHF naik 0.62% dan NZD/JPY naik 0.46%.
Bagi major pair EUR/USD pula hampir tidak berubah di mana hanya susut 0.01%. GBP/USD pula susut 0.01% dengan USD/JPY naik 0.08%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing susut 0.01% dan naik 0.35%.
Risiko geopolitik tercetus sejak Rabu apabila Trump memberi respon kepada amaran Rusia yang mana menyarankan Rusia supaya bersedia di Syria kerana peluru berpandu mereka akan datang.
Ketegangan geopolitik Amerika-Rusia telah mengalihkan perhatian pasaran daripada perang dagang Amerika-China. Dengan ketegangan semasa, US dollar gagal mendapat banyak sokongan daripada minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan pada awal pagi tadi, walaupun minit itu dinilai sebagai hawkish.