Presiden China, Xi Jinping mengakui cabaran dari luar negara sedikit menjejaskan ekonomi di China, namun beliau berjanji untuk merendahkan tarif import dan terus meluaskan akses pasaran.
Dengan mesyuarat yang akan diadakan oleh Federal Reserve pada Rabu dan Khamis ini, pelabur menjangkakan data ekonomi di Amerika yang kukuh bakal menguatkan lagi jangkaan terhadap pengetatan polisi monetari oleh FED. Namun, pelabur turut berwaspada menjelang pilihanraya di AS.
Dollar didagangkan lemah pada dagangan Isnin setelah merekodkan kenaikan selama 3 minggu berturut-turut, di mana aktiviti pengambilan untung berlaku sebelum pilihanraya di Amerika Syarikat pada minggu ini berkemungkinan melihatkan pergerakan besar (volatile) harga dalam pasaran.
Sterling terus mengukuh pada dagangan Isnin setelah akhbar Sunday Times melpaorkan Britain semakin hampir mencapai perjanjian untuk meninggalkan Kesatuan Eropah. Bank of England turut memberi isyarat akan kenaikan pada kadar faedah jika proses pemisahan Britain dari Kesatuan Eropah berjalan dengan lancar.
Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.05% setakat 7:30 petang ini.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.11%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.34%. USD/JPY pula melemah 0.03% dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang melemah pada 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.02% dan 0.08%.