US dolar mengukuh berbanding mata wang utama yang lain pada sesi U.S. hari Rabu apabila data pekerjaan sektor swasta (ADP-NFP) yang memberangsangkan mengimbangi kekuatan Yen yang berterusan akibat kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan.
Namun, indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback terhadap enam mata wang utama, susut 0.07% setakat pada sesi Asia hari ini.
Data pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 235,000 pada bulan Februari,
menurut laporan yang dikeluarkan oleh ADP dan Moody’s Analytics. Bacaan kali ini melebihi daripada jangkaan sebanyak 199,000 sekaligus menimbulkan jangkaan data positif terhadap NFP.
Data ADP membantu US dolar kembali pulih daripada kerugiannya berbanding Yen. US dollar pada sesi Asia hari Rabu melemah berbanding Yen berikutan risiko yang tercetus daripada perletakan jawatan Gary Cohn (penasihat ekonomi Trump).
Selain itu, tumpuan pasaran pada Rabu juga adalah kepada penetapan polisi monetari Bank of Canada (BoC). Pada mulanya dolar Kanada (CAD) melemah dengan USD/CAD membuat kenaikan selepas kenyataan BoC yang dinilai sebagai dovish. Tetapi kelemahan CAD berakhir dengan berita terbaru tentang NAFTA, di mana potensi untuk Kanada dikecualikan daripada cukai import (tariff) keluli. Hal ini menyebabkan CAD menguat semula berbanding matawang-matawang utama yang lain.
Tumpuan pelabur pada Khamis akan tertumpu kepada penetapan polisi monetari ECB (European Central Bank). Pasaran akan menumpukan kepada isyarat yang diberikan oleh mario Draghi terhadap potensi lanjutan pengurangan pembelian bon di masa akan datang.