Matawang euro kekal pada paras tertinggi 2 minggu berbanding matawang lain pada hari Khamis, kerana harapan bahawa ECB akan membuat pengumuman program rangsangan kewangan pada minggu depan.
Ketua ekonomi bank pusat ECB, Peter Praet mengatakan ECB akan berdebat adakah untuk mengakhiri pembelian bon menjelang akhir tahun ini pada minggu hadapan.
Jens Weidmann, ketua bank pusat Jerman, menjangkakan ECB akan mengurangkan program pembelian bon menjelang akhir tahun ini dan hal ini hal yang munasabah. Manakala Belanda, Klaas Knot, pakar ekonomi, berkata tidak ada sebab untuk meneruskan program pelonggaran kuantitatif.
Hal ini telah mendorong pengukuhan euro ke paras tertinggi 2 minggu kepada $1.17955 dan pada ketika ini berada pada paras harga 1.1792 setakat jam 9.45 pagi.
Penganalisis kewangan Kyosuke Suzuki, kita boleh jangkakan euro melonjak naik 100 pip dengan mudah pada komen daripada pegawai utama.
Namun banyak pemain pasaran yang masih mengkhuatirkan ketidakpastian yang disebabkan oleh krisis politik di Itali yang menyebabkan penggubal dasar berhati-hati dengan pemberhentian program rangsangan.
Yen semakin lemah berbanding banyak mata wang memandangkan kebimbangan mengenai politik Itali dan lonjakan saham teknologi dalam saham global mengurangkan sentimen risiko.
Indeks US dolar berbanding enam matawang utama menyusut keparas 93.50 daripada bacaan semalam setakat jam 9.45 pagi.
Hal ini kerana masih terdapat kebimbangan terhadap hubungan perdagangan antara US dengan negara lain.