US dolar turun naik sejak semalaman dan mula menunjukkan pengukuhan pada hari Khamis selepas pasaran US ditutup berikutan cuti pada Julai 4.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.08 peratus kepada paras bacaan 94.27 setakat jam 9.25 pagi.
Semalaman pasaran US telah ditutup dan pelabur kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat FOMC bulan Jun yang dilangsungkan pada hari Khamis dan laporan pekerjaan US bulan Jun yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.
Walaubagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati dengan implimentasi tarif yang dijangka akan dikenakan pada hari Jumaat sebanyak 25 peratus ke atas barangan import China.
Matawang yuan kembali melonjak selepas bank pusat China membuat kenyataan bahawa pihak mereka akan cuba mengekalkan kadar pertukaran pada kadar yang stabil. Hal ini meredakan sedikit sentimen yang sedang marak iaitu ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing.
Dalam masa yang sama, Presiden U.S. Donald Trump kekal berpegang dengan rancangan untuk menghukum rakan dagang utama, termasuk Kesatuan Eropah, Mexico dan Kanada sebagai sebahagian daripada dasar ‘America First‘. Hal ini menghadirkan ketakutan kepada para pelabur yang mengkhuatrikan ia akan memberi impak pada pertumbuhan global.
Euro mengukuh, dengan EUR / USD naik 0.03% kepada 1.1660.
Di zon euro, data menunjukkan bahawa aktiviti sektor swasta meningkat pada bulan Jun, menunjukkan bahawa ekonomi rantau ini mendapat sedikit tarikan pada akhir suku kedua.
Matawang USD masih menyusut berbanding yen dengan USD/JPY jatuh 0.14% kepada 110.35.
Pound naik lebih tinggi, dengan GBP / USD naik 0.01% kepada 1.3226.
Sterling mendapat sokongan selepas data menunjukkan bahawa aktiviti di sektor perkhidmatan UK meningkat pada kadar terpantas dalam lapan bulan pada bulan Jun. Laporan itu menunjukkan terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi mengukuh kembali pada suku kedua dan memberi harapan kenaikan kadar faedah pada bulan Ogos.