Matawang safe-haven yen melonjak naik manakala matawang Kanada menyusut dalam awal pasaran Asia selepas presiden US Donald Trump menggabaikan usaha G7 dan berlaku pertikaman lidah antara Trump dengan Perdana Menteri Kanada.
Matawang yen mengukuh sebanyak 0.15 peratus kepada 109.40 yen berbanding US dolar.
Persidangan G7 yang diadakan di Kanada telah menimbulkan kekhuatiran terhadap hubungan perdagangan dan tarif antara Trump dan pemimpin lain. Presiden US telah memuatkan kata-kata beliau di Twitter yang menyatakan sokongan terhadap komuniti tersebut namun melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri Kanada, Trudeau.
Trump telah menimbulkan rasa tidak senang terhadap Kesatuan Eropah, Kanada, dan Mexico dengan pengenaan tarif ke atas keluli dan import aluminium. Walaubagaimanapun, G7 dijangka akan tetap memastikan pasaran kewangan bergerak lancar walaupun di tengah-tengah ke khuatiran perang perdagangan global.
Dolar Kanada telah menyusut 0.35 peratus kepada C$1.2975 kerana kekhuatiran Trump mungkin akan menggugurkan perjanjian NAFTA. Selain itu, matawang Mexico peso juga jatuh iaitu dengan 0.2 peratus kepada 20.340.
Matawang Euro tidak banyak berubah dan masih mencatat pengukuhan.
Pasaran kini memberi tumpuan pada perjumaapan Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura pada keesokan hari.
Indeks US dolar berbanding enam matawang utama menyusut keparas 93.37 setakat jam 9.50 pagi.