Matawang US dollar bergerak lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada Khamis dengan kejatuhan pasaran saham global meneruskan momentum penurunan berikutan kebimbangan pasaran terhadap impak kenaikan kadar faedah.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.20% setakat pada pukul 5.50 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.27%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.03%. USD/JPY pula susut 0.05%, dengan USD/CAD didagang 0.12% lebih rendah. USD/CHF pula didagang lebih rendah 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.61% dan 0.57%.
Pasaran saham merentas Eropah jatuh semalaman dan Wallstreet pula merekodkan kejatuhan terbesar dalam sehari sejak lapan bulan lalu pada Rabu. Dalam masa yang sama terdapat kenaikan Hasil-Bon AS yang menyebabkan peralihan pelabur daripada aset berisiko.
Hasil-bon 10 tahun AS mencapai paras tertinggi hampir lapan tahun yang lalu pada awal minggu ini berikutan jangkaan terhadap pengetatan dasar yang lebih pantas oleh Federal Reserve.
Presiden Donald Trump menyalahkan Federal Reserve atas kejatuhan pasaran saham pada Rabu dan mengatakan bank pusat itu sebagai “gila” dengan kenaikan kadar faedah.
“The Fed membuat kesilapan,” kata beliau kepada wartawan pada Rabu. “Mereka terlalu ketat. Saya rasa mereka dah gila.”
Setakat ini pasaran saham global kesemuanya didagangkan meleset dengan Wallstreet pada malam ini dijangka dibuka lebih rendah.
Walaubagaimanapun, matawang Aussie dan Kiwi ketika ini dilihat sebagai antara matawang paling kuat.