US dollar sedikit merosot pada sesi Eropah hari Rabu dengan matawang Yen terus mendapat permintaan tinggi apabila terdapat laporan bahawa Presiden China mengarahkan pegawa-pegawainya bersedia untuk berhadapan dengan perang dagang skala besar.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain susut 0.13% setakat pada pukul 3.36 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.13% dengan GBP/USD jatuh 0.02%. USD/JPY setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.24%, USD/CAD pula hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.02% dengan USD/CHF jatuh 0.16%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.11% dan 0.54% setakat ini.
Sama seperti sesi dagangan hari Selasa, matawang paling kuat setakat ini adalah JPY (Yen), manakala matawang paling lemah adalah, NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY merekodkan penurunan 0.78%. Pair JPY yang lain seperti AUD/JPY, USD/JPY dan EUR/JPY masing-masing susut 0.37%, 0.24% dan 0.14%.
Matawang Yen masih mendahului matawang utama yang lain sebagai matawang paling kuat pada hari Rabu dengan kebimbangan pasaran masih jelas terhadap ketegangan hubungan dagang Amerika-China.