Tumpuan pasaran forex hari ini akan berfokus kepada pertemuan antara Presiden Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker di mana pasaran akan meneliti aspek perdagangan kedua-dua wilayah.
Setakat ini, pasangan matawang EUR/USD tidak banyak membuat perubahan menjelang pertemuan Trump-Juncker. Kebimbangan terhadap perang-dagang menyebabkan pair EUR/USD bergerak hanya dalam julat yang kecil sahaja.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.07% setakat pada pukul 2.43 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.06% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.16%. USD/JPY setakat ini pula hampir tidak berubah, USD/CAD susut 0.07% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.08%. Pair AUD/USD jatuh sehingga 0.30% dengan pair NZD/USD hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.01% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah Sterling (GBP) dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang GBP/AUD adalah pair yang paling banyak berubah dengan meningkat sebanyak 0.43%.
Matawang Aussie menjadi matawang paling lemah selepas data inflasi (CPI) pagi tadi meleset daripada jangkaan. Harga pengguna hanya meningkat 0.40% berbanding jangkaan kenaikan 0.50%.
China pada hari ini pula menetapkan nilai Yuan lebih tinggi daripada hari sebelumnya. People’s Bank of China (PBOC) iaitu bank pusat China menetapkan Yuan kepada USD pada 6.8040 berbanding semalam 6.7891.
Secara keseluruhan, tiada pemangkin baru dalam sesi Asia yang mampu menggerakkan pasaran dengan signifikan di mana pasaran masih lagi mendapat kesan positif daripada laporan pendapatan syarikat-syarikat Wallstreet yang memberangsangkan.