Berdasarkan laporan media, aplikasi komunikasi LINE yang berpusat di Jepun akan mengintergrasikan matawang crypto dengan perkhidmatannya. Line juga mempunyai rencana untuk mengembangkan bisnes mereka ke dalam pasaran matawang crypto sehingga kepada pembukaan syarikat pertukaran crypto itu sendiri.
Tindakan ini hampir sama seperti yang dilakukan oleh syarikat Kodak yang membuat keputusan untuk menggunakan matawang crypto. Walaubagaimanapun, syarikat LINE dilihat lebih berpengalaman kerana syarikat tersebut sudah terbiasa mengendalikan jualan barangan tanpa melibatkan matawang fiat (menggunakan matawang digital sendiri).
Melalui perkhidmatan transaksi telefon mudah alih, Line Pay, pengguna dapat menggunakan matawang digital LINE bagi membeli barangan seperti stickers di platform Line.
Terkini, LINE sedang berada dalam proses menjalinkan kerjasama dengan syarikat lain bagi menjayakan projek penggunaan matawang crypto dalam perkhidmatannya. Pengguna berkemungkinan dapat menggunakan matawang crypto di Line Pay mereka nanti.
Line juga akan bekerjasama dengan syarikat pertukaran matawang crypto Upbit, Korea Selatan. Hal ini dilakukan bagi menjaga kredibiliti para pengguna Line.
Setakat ini belum ada pengumuman apakah Line akan menggunakan koin sendiri, ICO atau membuka syarikat pertukaran crypto sahaja. Dalam pada masa yang sama, belum ada berita muktamad dalam perkara ini, ia masih berada dalam peringkat proses.
Saham Line sempat naik melebihi 10% selepas berita ini diumumkan.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/