AirAsia dilaporkan sedang mempertimbangkan initial coin offering (ICO) bagi membantu mengumpul dana untuk tujuan pengembangan syarikat itu ke dalam industri perkhidmatan kewangan.
Bagi anda yang tidak tahu apa itu ICO? ICO adalah sama seperti IPO (initial public offering) tetapi perbezaannya adalah anda dapat saham syarikat dalam IPO, manakala dalam ICO anda akan mendapat token.
ICO menggunakan teknologi yang menyokong matawang crypto iaitu blockchain bagi mengesahkan transaksi. Token ini pula biasanya digunakan sebagai transaksi yang sama seperti Bitcoin dan Ethereum.
Tony Fernandes berkata sedang merancang untuk membangunkan satu matawang crypto yang berkemungkinan akan menggantikan program ganjaran ‘Big Loyalty’.
“Kami ada produk yang boleh menjadi matawang dalam ‘Big Loyalty’ dan kami sedang membina satu platform pembayaran supaya kedua-duanya boleh disesuaikan. Kami mempunyai ekosistem yang membolehkan anda menggunakan matawang itu. Tidak masuk akal menyimpan matawang yang tidak boleh digunakan, kata beliau. Dunia berubah dengan sangat pantas tetapi kami ada kebolehan untuk berinovasi dengan idea berdasarkan data dan ekosistem kami.”
AirAsia yang mana mempunyai 65 juta pelanggan percaya akan dapat mencapai 100 juta pelanggan dengan mengembangkan perniagaan ke dalam industri kewangan. Tambah beliau, syarikat tersebut berniat untuk menawarkan pinjaman dan insurans yang disasarkan kepada pemilik perniagaan kecil.
Fernandes mengatakan AirAsia sedang mempertimbangkan ICO sebagai cara mengumpulkan dana bagi tujuan pengembangan ini.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/