Menjelang pertemuan Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Trump telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan beliau yang terbaru. Trump bukan sahaja menyebut China sebagai “lawan” namun Kesatuan Eropah dan juga Rusia terpalit sekali.
Kenyataan Trump itu dikeluarkan pada hari minggu sebelum pertemuannya dengan Vladimir Putin.
Trump dan Putin dijangka akan membahas isu politik dan perlucutan senjata nuklear.
” Saya fikir US mempunyai banyak pesaing. Kesatuan Eropah adalah pesaing atau lawan yang terkait dalam perdagangan,” katanya kepada CBS.
“Rusia pula pesaing dalam hal tertentu. China merupakan pesaing ekonomi, ” katanya.
Pada awal pagi 16 Julai Trump memuat naik kenyataannya dalam Twitter bahawa beliau sedang menuju ke Helsinki, Finland.
Berdasarkan laporan Business Insider, perang pertikaian perdagangan antara China dan US semakin meningkat pada minggu lalu apabila China melakukan pembalasan dengan mengenakan tarif ke atas barangan pertanian US yang bernilai 34 juta USD.
Selain itu Trump juga telah mengecam negara-negara NATO kerana mengamalkan perdagangan yang tidak adil.