Presiden Donald Trump US menjamin dalam ucapan beliau pada hari Ahad untuk membantu ZTE Corp untuk kembali seperti sediakala selepas US mengharamkan syarikat teknologi China tersebut. US menawarkan konsesi kepada Bejing dalam ucapan perdagangan.
Melalu laman Twitter Trump, terlalu banyak pekerjaan di China yang hilang. Jabatan Perdagangan telah diarahkan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Dalam masa Trump dan juga Presiden Xi Jinping sedang bekerjasama bagi menyelesaikan masalah ZTE.
Selepas Trump menulis di Twitternya, pembuat dasar demokratik menyoal tentang tindakan apakah yang akan diambil untuk membantu syarikat China tersebut dan memberi amaran ancaman yang bakal timbul terhadap sekuriti antarabangsa.
ZTE menutup operasi utama, selepas Jabatan Perdagangan US mengharamkan syarikat Amerika menjual kepada syarikat tersebut selama 7 tahun sebagai bentuk hukuman kepada ZTE kerana telah melanggar perjanjian yang dipersetujui. ZTE telah ditangkap menghantar barangan US ke Iran.
Menurut juruucap Rumah Putih, tweet Trump menunjukkan kepentingan perdagangan yang bebas dan adil diantara US dan China.
Pegawai US kini sedang membuat persediaan untuk ucapan di Washington dengan pegawai atas perdagangan China bagi menangani masalah perdagangan.
Dalam ucapan di Beijing pada bulan ini, China telah meminta US agar melonggarkan hukuman keatas ZTE yang merupakan sebuah syarikat telekomunikasi terbesar.
Menurut Trump, China dan US sedang bekerjasama dengan baik dalam perdagangan, hanya sahaja rundingan dahulu adalah berat sebelah kerana memihak pada China. Walaubagaimanapun, semua ini akan berjalan lancar.