Pasaran Matawang
Matawang Euro dan Australia dolar mengukuh berbanding US dolar dalam sesi dagangan Eropah.
Matawang AUD/USD mengukuh sebanyak 0.25% kepada 0.7947. Matawang Euro juga menunjukkan pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.12% kepada 1.2471.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut kepada 89.94 setakat jam 05.45 p.m
Pengukuhan US dolar terbatas dan mula menyusut selepas sentimen laporan data pekerjaan yang memberangsangkan mulai reda.
Pasaran ekuiti jatuh pada hari ini dan hasil bon meningkat menyebabkan pelabur mengambil keputusan untuk menjual pegangan ekuiti.
Pasaran Komoditi
Harga minyak terus jatuh dalam sesi Eropah. Harga brent pula jatuh ke paras terendah mingguan. Pelabur spekulasi bahawa pengeluaran minyak US akan meningkat.
Harga minyak WTI jatuh kepada $65.08 setong dan Brent jatuh kepada $68.08 setong setakat jam 05.45 p.m
Harga emas juga meneruskan kejatuhan dalam sesi Eropah.