US dollar bergerak mendatar pada Isnin berbanding beberapa matawang yang lain selepas jatuh dari paras tertinggi empat bulan yang lalu. Penurunan ini banyak ditekan oleh kejatuhan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields) pada minggu lalu.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat penurunan 0.04% setakat pada pukul 3.09 petang.
US dollar adalah salah satu matawang yang paling banyak merekod keuntungan pada minggu lalu dengan ia mencatat kenaikan berbanding NZD, GBP, Euro, CHF, Yen, AUD dan CAD.
Indeks US dollar pula membuat kenaikan sehingga 1.3% pada minggu lalu yang merupakan kenaikan tertinggi dalam tempoh dua bulan selepas kenaikan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS melepasi pasras 3.0%.
Major pair EUR/USD jatuh 0.04% dengan GBP/USD jatuh 0.11%. USD/JPY pula naik 0.18%, USD/CAD naik 0.17% dan USD/CHF naik 0.03%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.34% dan jatuh 0.25% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah USD dan CHF, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/USD dan AUD/CHF masing-masing jatuh sebanyak 0.33% dan 0.31% setakat ini.
Minggu ini ada banyak news besar yang perlu diberi perhatian oleh pasaran. Terlebih dahulu pasaran akan meneliti pengumuman FOMC pada pukul 2 pagi Khamis dan seterusnya data NFP pada Jumaat.