Link video : https://youtu.be/7h8PZQZAoPk
Dalam video di atas ini anda boleh tonton sedutan dimana Dato Sri Shahidan Kassim, bekas menteri dan sekarang merupakan ahli parlimen Arau, mengusulkan di parlimen untuk kerajaan Malaysia mengiktiraf forex trading dengan mengesahkan aktiviti oleh semua forex trader di Malaysia.
Menurut beliau, hampir kesemua negara di dunia membenarkan online forex trading dibuka kepada individu tetapi kenapa hanya Malaysia yang masih belum membenarkannya?
Thailand dalam proses. Indonesia dan Singapura sudah melesenkan aktiviti ini.
Dalam video yang di ambil dari Youtube Channel pengasas INTRADAY, Tuan Moshed juga memberikan sedikit sebanyak ulasan dan komen bagaimana kerajaan boleh meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara dengan mengangkat forex trading menjadi satu kerjaya professional, sekaligus memberikan manfaat dan kebaikan untuk semua rakyat Malaysia dan juga negara.
Sebelum ini forex trading dibahaskan dengan kontroversi tentang isu halal haram, isu sah tak sah, isu regulation serta isu-isu lain dan harapnya dengan perkembangan positif ini, hal ini dapat di bawah ketengah untuk manfaat bersama.
Apa komen anda tentang hal ini? Komen dan bincangkan di bawah!
Jangan lupa subscribe youtube Channel Tuan Moshed (Pengasas INTRADAY.my) yang sudah mempunyai lebih dari 70,000 subscriber ini – KLIK SINI
Sebarkan berita positif ini kepada rakan-rakan trader, group forex whatsapp/telegram anda untuk meraikan perkembangan positif ini.
Semoga semuanya dipermudahkan.