FUNDAMENTAL: DOVISH
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang kurang dovish.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 April 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI.
- Kadar inflasi dijangka meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan mengambil masa sedikit lebih lama daripada jangkaan.
- Ketidakpastian domestik utama mengenai prospek perbelanjaan isi rumah dan penurunan harga perumahan.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Data KDNK Australia berkembang sebanyak 2.3% pada suku tahun keempat 2018, turun daripada 2.8% pada suku tahun sebelumnya.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia turun kepada 1.8% tahun ke tahun pada suku keempat 2018 daripada 1.9% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada paras 5.0% sama seperti bulan Disember 2018.
PLAN: SELL AUD.
- Indeks sentimen pengguna di Australia merosot 4.8% untuk bulan Mac ke 98.8 daripada 103.8 pada bulan sebelumnya. Bacaan terendah sejak September 2017.
- Pengeluaran perindustrian China meningkat hanya 5.3% dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, tidak mencapai jangkaan 5.5% kenaikan. Ia merupakan kadar perkembangan paling perlahan dalam 17 tahun.