FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank of Canada (BOC) mengekalkan kadar faedah pada 1.75% seperti jangkaan.
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 April 2019.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP.
- BOC berkata terdapat peningkatan ketidakpastian mengenai kenaikan kadar faedah pada masa depan.
- BoC menjangkakan ekonomi Kanada akan lemah pada separuh tahun pertama 2019 berbanding jangkaan pada Januari lalu.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Pertumbuhan KDNK Tahunan di Kanada menurun kepada 0.4% pada suku keempat 2018 daripada 2.0% pada suku ketiga 2018.
- Kadar pengangguran di Kanada berada pada 5.8% pada bulan Februari 2019, sama seperti tahap sebelumnya dan tertinggi sejak Oktober.
- Kadar inflasi tahunan di Kanada meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada 1.4% pada bulan sebelumnya.
JANGKAAN: BEARISH CAD.
- KDNK Kanada dijangka perlahan berikutan penurunan dalam sektor jualan runcit serta imbangan dagangan.
- Data imbangan dagangan Kanada masih mencatatkan defisit sebanyak 4.25 bilion dan tidak mengatasi jangkaan untuk defisit hanya 3.5 bilion.
- Harga minyak mentah global merosot selepas data inventori minyak A.S. meningkat tinggi. Juga, Presiden Donald Trump meminta OPEC untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah dalam usaha menurunkan harga.