FUNDAMENTAL: DOVISH
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 7 Mac 2019.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment.
- ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
- ECB menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi disebabkan oleh faktor geopolitik dan mengulangi jangkaan kadar faedah utama akan kekal pada tahap rendah menjelang musim panas 2019.
- Mr Draghi mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah mungkin lebih lemah daripada jangkaan ekoran faktor yang datang dari kelembapan China dan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro kekal pada 7.8% untuk bulan Januari 2019, sama seperti bulan sebelumnya.
- Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Di Kawasan Euro berkembang 1.20% pada suku keempat 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 1.5% pada Februari 2019 daripada sembilan bulan terendah sebanyak 1.4% pada bulan sebelumnya dan selaras dengan persetujuan pasaran.
PLAN: BUY EURO.
- Sebagai matawang bersifat anti-Dolar, kelemahan USD akan menyebabkan tarikan terhadap Euro.
- Perkembangan Brexit yang positif.
- Data inflasi zon Eropah meningkat.