FUNDAMENTAL: DOVISH
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
- Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran UK kekal pada 3.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari 2019, paras terendah sejak November 1974-Januari 1975 dan selaras dengan jangkaan pasaran.
- Kadar inflasi tahunan di United Kingdom pada 1.9% pada Mac 2019, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2%.
JANGKAAN: BEARISH GBP.
- Kerajaan Britain dan parti pembangkang dilihat gagal mencapai persetujuan dalam rundingan dan dalam masa yang sama terus menggugat kedudukan Perdana Menteri Theresa May dalam kepimpinan.