FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 21 Mac 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED berkata mereka akan bersabar dalam meningkatkan kadar faedah tahun ini kerana peningkatan ketidakpastian mengenai prospek ekonomi Amerika Syarikat.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4% pada Januari 2019 daripada 3.9% sebelum ini.
- Ekonomi AS mencatatkan 3.5% tahunan pada suku pada suku ketiga 2018, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.3%.
- Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat berkurangan untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 1.6% pada bulan Januari 2019 daripada 1.9% pada bulan Disember. Ia adalah kadar terendah sejak Jun tahun 2017.
PLAN: SELL USD.
- Data jualan runcit Amerika Syarikat mencatatkan kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih 9 tahun untuk bulan Disember sekaligu memberi bayangan dalam kelembapan ekonomi A.S.
- Sentimen pasaran yang positif akan menyebabkan permintaan terhadap USD menurun selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pada hari Ahad bahawa beliau menangguhkan kenaikan tarif terhadap China yang dijadualkan akan berkuatkuasa pada 1 Mac.