FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Mei 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat kali ini dan mengumumkan bahawa tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini, turun daripada 2 jangkaan kenaikan untuk tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS jatuh kepada 3.8% pada Februari 2019 daripada 4% pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
- Ekonomi AS mencatatkan penurunan kepada 2.6% pada suku tahun keempat 2018 selepas berkembang 3.4% pada suku tahun sebelumnya.
- Harga pengguna di Amerika Syarikat menurun kepada 1.5% pada bulan Februari 2019, selepas kenaikan 1.6% pada bulan Januari dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 1.6%.
JANGKAAN: BEARISH USD.
- Mesyuarat FOMC dikeluarkan dengan kenyataan yang dovish.
- Aktiviti perkilangan AS perlahan pada bulan Februari.
- Bekas pengerusi FED Janet Yellen mengatakan bahawa terbaliknya lengkungan hasil bon memberi isyarat bahawa FED memerlukan pemotongan kadar faedah.
- Sentimen keyakinan pengguna Amerika Syarikat merosot pada bulan Mac.
- Hasil pulangan bon AS cecah paras terendah sejak 15 bulan.