Aussie kembali melonjak pada awal sesi pasaran Asia pagi ini setelah data indeks harga pengguna (CPI) di Australia menunjukkan bacaan angka yang meningkat. Aussie sebelum ini didagangkan lemah ekoran terkesan daripada isu perang dagang AS-China dan juga isu penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies, Meng Wanzhou. Matawang komoditi itu yang dijangka akan terus mengalami kejatuhan berikutan jangkaan lemah terhadap kadar inflasi sebaliknya melonjak apabila bacaan data CPI memberikan isyarat positif terhadap perkembangan ekonomi.
Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada pagi ini menunjukkan harga telah membuat kenaikan dari paras sekitar Magic Pivot 0.7156 sehingga melepasi paras resistance 0.7174 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line. Harga kemudian meneruskan lagi kenaikan sehingga ke paras resistance yang lebih tinggi iaitu pada 0.7194 (MagicR2) dan menguji paras tersebut pada penghujung sesi dagangan Asia. Jika harga kekalkan momentum kenaikan untuk dagangan hari ini, harga dijangka akan mencatatkan paras ketinggian terbaru sehingga ke paras tumpuan sekitar 0.7212 (MagicR3).
Namun, jika dagangan Aussie kembali merosot dan harga kembali menunjukkan penurunan sehingga ke paras lebih rendah dari Magic Pivot 0.7156, harga berkemungkinan akan bergerak ke paras lebih rendah lagi dan paras support pada 0.7135 (MagicS1) dilihat sebagai paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga yang meneruskan penurunan akan menuju pula ke zon RBS (resistance become support) di paras 0.7117 (MagicS2) dan sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut, jangkaan seterusnya harga akan ke paras lebih rendah sekitar 0.7097 (MagicS3).
Pantau pergerakan nilai dagangan Aussie dalam pasaran semasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi matawang komoditi tersebut. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart AUD/USD dengan membandingkan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk kemudahan dagangan anda.
Paras support: 0.7135, 0.7117, 0.7097.
Paras resistance: 0.7174, 0.7194, 0.7212.