Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga dilihat membuat penurunan pada sesi pasaran Asia dan menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Harga kemudian menunjukkan kenaikan semula ke paras Magic Pivot sebelum mendatar di sekitar paras tersebut sehingga dagangan sesi New York berakhir. Sterling dijangka akan terus didagangkan berisiko sehingga minggu hadapan sementara Yen pula melemah selepas sentimen pasaran yang kembali pulih lebih menarik minat pelabur ke arah aset berpulangan tinggi.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga hanya menunjukkan pergerakan mendatar di atas paras Magic Pivot 138.021 hari ni sepanjang sesi dagangan Asia hingga bersambung pada pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga menunjukkan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga bakal menyentuh paras resistance terdekat yang dilihat berada pada paras 138.611 (MagicR1). Seterusnya, jika harga terus menyambung lagi kenaikan, harga dijangka akan menguji paras ketinggian yang diuji pada dagangan Rabu lalu di sekitar paras 139.112 (MagicR2). Dan momentum kenaikan harga yang masih berjaya dikekalkan bakal menyaksikan harga kembali menguji resistance 139.702 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance) semasa pada chart GBP/JPY.
Namun, jika dagangan hari ini kembali menunjukkan penurunan harga, jangkaan awal penurunan akan menuju ke paras sekitar support 137.520 (MagicS1). Kemudiannya, harga berkemungkinan meneruskan lagi penurunan dan menuju pula ke paras sekitar 136.930 (MagicS2) sebelum penurunan lebih rendah harga akan menguji zon minor RBS (resistance become support) di sekitar paras 136.429 (MagicS3).
Kawal dagangan anda berikutan tumpuan pelabur sedang terarah pada undian akhir Brexit minggu hadapan yang akan memberi kesan jangka panjang terhadap dagangan Sterling selepas ini. Lihat juga paras-paras yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan anda untuk mendapatkan hasil analisis teknikal yang lebih berkualiti.
Paras support: 137.520, 136.930, 136.429.
Paras resistance: 138.611, 139.112, 139.702.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI