Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY turut mencatatkan penurunan setelah kejatuhan nilai Sterling selepas undian pelan Brexit Theresa May ditolak awal pagi tadi. Harga yang telah membuat kenaikan ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line kemudiannya turun sehingga ke paras support MagicS2 yang berada pada zon tumpuan harga pada chart GBP/JPY. Keputusan undian tersebut nyata telah mengecewakan ramai pelabur yang memilih dagangan Sterling setelah melihat sendiri siri kenaikan harga yang didominasi beberapa minggu sebelum ini. Berkemungkinan dagangan Sterling akan kembali berisiko buat masa terdekat ini dan pasaran akan menunggu tindakan susulan daripada Perdana Menteri Britain Theresa May.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak perlahan dan mendatar sahaja di bawah paras Magic Pivot 143.367 sementara menunggu pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika dagangan GBP terus melemah, harga bakal ditekan ke paras support terdekat yang berada pada 142.254 (MagicS1). Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan ke paras tumpuan harga dan menguji support 141.614 (MagicS2). Momentum penurunan yang lebih kukuh akan menyaksikan harga mencecah ke paras serendah 140.501 untuk mencatatkan paras terendah dua minggu dagangan.
Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju dahulu adalah pada resistance 144.007 (MagicR1). Kemudiannya, paras lebih tinggi sekitar 145.120 (MagicR2) bakal menjadi destinasi kenaikan seterusnya sekaligus mengatasi paras tertinggi dagangan pada GBP/JPY untuk tahun ini. Seterusnya, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan jangkaan kenaikan harga ke paras sekitar resistance 145.760 (MagicR3).
Pantau perkembangan susulan Brexit selepas undian awal pagi tadi berakhir dan beri tumpuan juga kepada perubahan pada sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Tetap menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal anda setiap hari untuk kekal konsisten dalam pengawalan risiko dagangan harian anda.
Paras support: 142.254, 141.614, 140.501.
Paras resistance: 144.007, 145.120, 145.760.