Setelah beberapa hari dagangan yang mendatar pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga telah mula menunjukkan penurunan setelah dagangan dollar USD terus merosot terkesan susulan daripada minit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan awal pagi tadi memberi bayangan yang negatif terhadap dagangan USD untuk tahun ini. Walaupun matawang Yen tidaklah begitu kukuh seperti sebelum ini ekoran sentimen pasaran yang semakin pulih mengurangkan permintaan terhadap matawang Yen, namun kelemahan pada nilai USD telah menolak harga pada chart USD/JPU ke paras lebih rendah sejak semalam bersambung ke sesi pasaran Asia hari ini. Dagangan semalam menunjukkan harga telah turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot dan menguji paras terendah dagangan harian pada support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga cuba untuk membuat kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 108.368 hari ini, namun momentum pergerakan harga agak lemah sebelum harga kembali turun semula dan bergerak mendatar di sekitar paras 107.900 sehingga ke penghujung sesi dagangan Asia. Sedikit lagi penurunan harga akan menyentuh paras support yang berada berhampiran iaitu pada paras 107.738 (MagicS1). Seterusnya jika harga berjaya turun lebih rendah, paras support pada 107.331 (MagicS2) berkemungkinan akan menjadi destinasi tumpuan pada penurunan seterusnya sebelum harga turun menguji paras support pada 106.701 (MagicS3) ketika diuji pada terjunan harga pada dagangan awal bulan ini.
Namun, jika harga berjaya bergerak lebih tinggi kembali dari paras Magic Pivot 108.368 hari ini, paras awal kenaikan harga dilihat akan menuju ke resistance 108.775 (MagicR1). Seterusnya harga akan menguji pula paras tumpuan pada chart USD/JPY di sekitar resistance 109.405 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan yang berjaya diteruskan harga akan mencapai paras ketinggian pada sekitar resistance 109.812 (MagicR3).
Sentiasa pantau perubahan pada sentimen pasaran semasa jika anda memilih posisi dagangan pada chart pasangan safe-haven USD/JPY. Lihat juga paras tumpuan harga pada USD/JPY dengan berpandukan pada paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat dalam dagangan anda setiap hari.
Paras support: 107.738, 107.331, 106.701.
Paras resistance: 108.775, 109.405, 109.812.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI