Dengan pergerakan perlahan matawang US dolar, matawang asia khususnya dolar Australia berjaya mengambil kesempatan untuk terus mengukuh pada dagangan penghujung minggu.
Menunjukkan pengukuhan, Aussie berjaya meneruskan kenaikan untuk 2 hari berturut-turut selepas penurunan harga dipamerkan pada awal minggu pada carta pasangan matawang AUD/USD.
Ini adalah didorong oleh laporan pekerjaan Australia yang memberangsangkan pada November di samping risiko terhadap dagangan US dolar berikutan pelabur masih berwaspada menantikan perkembangan terbaru perjanjian perdagangan Amerika Syarikat dan China.
Seperti analisis yang dikongsikan semalam, kenaikan harga pada AUD/USD telah mencapai paras ketinggian pada 0.68800 pada sesi Eropah susulan laporan pekerjaan yang diterbitkan.
Namun harga kembali menunjukkan penurunan semula sehingga bersambung ke sesi pasaran New York melihatkan harga menguji semula zon RBS (resistance become support) hampir di paras 0.68600.
Membuat pembetulan harga (correction), harga kembali menyambung semula kenaikan melepasi paras ketinggian yang dicapai pada sesi sebelumnya dan mendatar pada penghujung sesi.
Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, harga masih berjaya mengekalkan momentum kenaikan dan telah mencatatkan paras ketinggian mingguan terbaru mencapai 0.69000 setakat jam 11.30 pagi waktu Malaysia.
Kenaikan harga dijangka akan menuju ke paras ketinggian yang dicapai minggu lalu sekitar resistance 0.69300. Tambahan sekitar 30 hingga 40 pips kenaikan bagi pergerakan harga ke zon tersebut.
Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan cuba melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum menguji zon RBS 0.68600.
Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support mingguan pada 0.68400 sebelum meneruskan penurunan ke paras tumpuan lebih rendah pada 0.68200 dan juga 0.68000.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.