Dikala para pelabur tengah menumpukan pada pergerakan pasaran mainstream seperti saham antaranya yang terkesan dengan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, harga Bitcoin pula menunjukkan reaksi yang sebaliknya. Harga Bitcoin telah melonjak naik melebihi $8,000 seunit iaitu pada $8,020 setakat ini.
Disisi lain, pasaran utama seperti pasaran ekuiti mengalami kejatuhan. Pada hari Isnin, Indeks Dow Jones telah jatuh 696 mata sehingga ia menjadi kejatuhan terbesar sejak Januari 2019.
Kejatuhan dalam pasaran saham salah satu faktornya adalah berikutan berita China yang memberi ancaman bahawa negara China akan meningkatkan tarif sebanyak $60 billion ke atas barangan Amerika Syarikat.
Hal ini telah menyebabkan para pelabur mula mengalihkan pelaburan kepada pelaburan alternatif jangka pendek, antara yang menjadi pilihan ialah Bitcoin.
Bitcoin sebelum ini menjadi sebuah komoditi alternatif yang ditinggalkan kebanyakkan pelabur berikutan terus menujukkan kejatuhan dari segi nilai sehingga ke paras $4,000 seunit kemudian bermain dalam lingkungan $5,000. Kini harga matawang crypto tersebut telah meningkat 100% sejak awal tahun.
Menurut, penganalisis pasaran, Mati Greenspan, ” Bitcoin sedang membina momentumnya kembali. Tom Lee, pengurus penyelidikan di Fundstrat Global Advisors pula mengatakan ” Bitcoin mempunyai hubungan korelasi yang rendah dengan pasaran.
Lonjakan harga Bitcoin ini telah mendorong jumlah nilai pasaran Bitcoin naik 60.34% kepada $140.5B. Para pelabur menjangkakan harga bitcoin akan terus meningkat kepada $10,000 seunit pada masa akan datang.