Sesi pasaran Eropah pada hari ini memberi fokus pada ucapan Presiden Mario Draghi yang menyaksikan penurunan ketara pada nilai dagangan dolar Euro.
Beliau dalam ucapannya menyatakan tindakan penuurunan kadar adalah sebahagian daripada rancangan bank pusat. Jika unjuran tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif, tambahan ransangan adalah diperlukan.
Kenyataan bernada dovish oleh Draghi tersebut telah membuatkan dagangan Euro menjunam berbanding matawang-matawang utama yang lain pada hari ini.
Dapat diperhatikan dagangan Euro berbanding Yen pada carta harga EUR/JPY menjunam ke paras terendah dua minggu memberi respon susulan ucapan dovish Draghi sebentar tadi.
Pada dagangan EUR/JPY semalam, harga kelihatan cuba untuk membuat kenaikan setelah penurunan harga empat hari berturut dari paras tertinggi semasa sebelum ini. Kenaikan tersebut menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum kembali turun semula ke paras Magic Pivot.
Dagangan hari ini pula dilihat perlahan pada awal sesi Asia di sekitar paras Magic Pivot 121.815 hari ini sebelum menjunam pada sesi Eropah sehingga melepasi paras support 121.274 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Momentum penurunan harga dilihat masih lagi ingin menolak harga ke paras lebih rendah berkemungkinan menuju ke paras support seterusnya pada 120.964 (MagicS3). Paras tumpuan pada 120.800 yang merupakan zon support yang diuji pada awal Jun turut dilihat sebagai destinasi penurunan harga seterusnya.
Penurunan harga ke paras tersebut bakal mencatatkan sekitar 100 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.
Namun jika harga kembali membuat pembetulan harga semula, berkemungkinan kenaikan harga akan menguji paras Magic Pivot hari ini semula namun jangkaan kenaikan harga adalah lemah.
Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.
Paras support: 121.505, 121.274, 120.964.
Paras resistance: 122.046, 122.356, 122.587.
Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.