Dagangan Pound Sterling menunjukkan penurunan yang ketara pada penghujung minggu lalu berikutan ketidaktentuan politik yang terus melanda Britain.
Pelabur mula berwaspada dan mengurangkan posisi dagangan terhadap Sterling selepas Boris Johnson semakin hampir menggantikan jawatan Perdana Menteri Britain yang baru selepas Theresa May melepaskan jawatan tersebut berikutan siri kegagalan beliau mempertahankan pelan Brexit sebelum ini.
Pelabur gusar memikirkan calon pengganti yang baru untuk mengawal situasi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian dan bakal menjejaskan hubungan perdagangan di masa hadapan.
Selain itu, tempoh masa yang ditetapkan untuk berundur dari Kesatuan Eropah semakin hampir dimana telah ditetapkan pada 31 Oktober nanti.
Tumpuan akan terarah pada keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat England pada Khamis ini selain data inflasi dan data jualan runcit turut menjadi tumpuan pada minggu ini.
Berbanding matawang safe-haven Yen, Sterling telah membuat penurunan terendah mingguan sehingga ke paras sekitar 136.600 pada carta harga GBP/JPY pada penghujung minggu lalu.
Pelabur juga akan berhati-hati terhadap dagangan Yen pada minggu ini menjelang mesyuarat bank pusat Jepun untuk penetapan kadar faedah terbaru.
Pergerakan harga pada chart GBP/JPY minggu lalu mencatatkan penurunan sekitar 170 pips dari paras resistance 138.200 di mana paras tersebut beberapa kali diuji namun gagal dilepasi harga.
Permulaan untuk dagangan pada minggu ini melihatkan harga sedikit meningkat menyentuh paras Magic Pivot 136.829 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Namun harga gagal melepasi kenaikan pada paras tersebut sebelum mula membuat penurunan semula ke paras tumpuan 136.600 yang berada pada zon support semasa.
Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga mampu merekodkan paras terendah terbaru mencecah sehingga ke paras serendah 135.335 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 150 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot.
Namun jika harga kembali melonjak dan bergerak tinggi berbanding paras Magic Pivot hari ini, kenaikan harga berkemungkinan menuju semula ke paras zon resistance sebelum ini sekitar 138.065 (MagicR3).
Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.
Paras support: 136.245, 135.919, 135.335.
Paras resistance: 137.155, 137.739, 138.065.
Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.