Dagangan sesi Eropah memperlihatkan dolar Amerika diniagakan menyusut berbanding matawang safe-haven yen dan beberapa matawang utama meskipun terdapat perkembangan perdagangan positif, yang turut disokong oleh kenyataan Presiden Donald Trump mengenai perjanjian akan ditandatangani tidak lama lagi.
Selain itu, China juga telah mengumumkan akan menurunkan tarif ke atas lebih 850 barangan import bermula 1 Januari 2020 yang merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan import di negara itu.
Sementara itu, emas diniagakan tinggi pada permulaan dagangan awal minggu dan meningkat menghampiri paras tertinggi dua minggu di sesi Eropah yang didorong oleh ketegangan geopolitik di Semenanjung Korea yang meningkat.
Perkhabaran mengenai Korea Utara yang bersedia untuk menguji peluru berpandu jarak jauh dan meningkatkan tenteranya telah menimbulkan kebimbangan pasaran dan seterusnya mendorong kepada pembelian aset safe-haven.
Matawang pound kembali susut berbanding US dolar pada awal dagangan sesi Eropah selepas mencatat penurunan terbesar mingguan dalam tempoh tiga tahun pada minggu lalu dengan kebimbangan terhadap no-deal Brexit masih mengganggu pasaran.
Dolar euro diniagakan mendatar berbanding US dolar setelah mengalami penyusutan disebabkan data pertumbuhan GDP AS yang stabil telah menyokong pengukuhan USD.
Di sisi lain, dolar Australia terus diniagakan kukuh berbanding US dolar dipengaruhi oleh sentimen perdagangan AS dan China yang optimis, lebih-lebih lagi selepas China mengumumkan pengurangan tarif ke atas barangan importnya yang pastinya memberi manfaat buat negara itu.
Menjelang cuti perayaan Krismas, ia mungkin akan menghadkan pergerakan pasaran dengan ketiadaan data-data ekonomi penting pada minggu ini.