KLCI mencatat peningkatan untuk dibuka tinggi pada sesi awal dagangan pagi di Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran berhati-hati terhadap ketegangan perdagangan dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah boleh mempengaruhi pasaran.
Pada 9.13 pagi, indeks dibuka meningkat 2.76 mata kepada 1,594.28 daripada 1,591.52 ketika ditutup Selasa dengan jumlah dagangan 188.473 unit yang bernilai RM545.888 juta.
Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung 126 mengatasi kaunter rugi 112 manakala 1,699 kaunter tidak berubah.
Di pasaran tempatan, antara saham yang meraih keuntungan adalah Kuala Lumpur Kepong dengan kenaikan 24 sen kepada RM23.84, Allianz raih 22 sen kepada RM14.98 manakala Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM15.74 dan Takaful naik 11 sen kepada RM5.76.
Saham Asia pula menyusut selepas menyaksikan kelemahan data ekonomi AS yang menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan global dan juga dipengaruhi oleh perang dagangan yang semakin membimbangkan sentimen pelabur, menurut Reuters.
Sementara itu, ringgit tinggi berbanding dolar AS dipacu oleh peningkatan permintaan ringgit dan dipengaruhi oleh data perkilangan AS yang mempengaruhi dolar AS serta memberi impak kepada sentimen pelabur.
Ringgit tinggi pada 4.2120/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 ketika ditutup semalam. Secara keseluruhan, ringgit didagangkan rendah berbanding kebanyakkan kumpulan mata wang utama.