RM1.5 Billion lagi bil cukai tambahan perlu dibayar oleh Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lapor TheEdge.
Sumber mengatakan jumlah yang dikenakan itu adalah jumlah tambahan yang perlu dibayar oleh bekas perdana menteri itu berdasarkan pendapatannya yang diisytiharkan selama 7 tahun dari 2011 hingga 2017.
Surat cukai tambahan itu dihantar oleh LHDN minggu lepas.
Berdasarkan siasatannya, LHDN telah menilai Najib tidak mengisytiharkan pendapatan bercukai hampir RM4 bilion untuk tempoh tersebut. Sumber mengatakan jumlah itu termasuk RM2.6 bilion yang diketahui oleh penyiasat Malaysia dan AS dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Kebanyakkan cukai itu adalah berkaitan dengan 1MDB dan berhubung bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun peribadinya.
Maklumat mengatakan bahawa sebarang derma juga pasti dikenakan cukai walaupun wang itu sumbangan Arab Saudi seperti didakwa beliau.
Selepas berbulan-bulan berlalu, perbicaraan untuk set pertama pertuduhan terhadap Najib ke atas SRC International Sdn Bhd akan bermula pada hari Rabu.
Sumber : TheEdgeMarkets