Matawang safe-haven Yen menguat sedikit dan Yuan serta Dolar Australia didagangkan rendah selepas peningkatan terkini dalam perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Dua ekonomi terbesar di dunia itu masih dalam keadaan buntu semasa rundingan perdagangan pada Ahad. Terdahulu, Amerika Syarikat menaikkan tarif bernilai $ 200 bilion barangan China pada Jumaat dan China telah berikrar untuk membalas tetapi tidak memberikan butiran yang lebih lanjut.
Dolar Australia yang sensitif terhadap perubahan sentimen dalam pasaran menunjukkan penurunan ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko.
Sementara itu, matawang AS Dolar pula mencecah paras 4 minggu tertinggi berbanding Yuan dalam suasana pasaran yang kurang baik dengan disokong oleh kadar inflasi tahunan Amerika Syarikat yang meningkat daripada bacaan bulan sebelumnya.
Menjelang pasaran Eropah dan New York hari ini, tiada data ekonomi utama yang akan dikeluarkan dalam kalendar ekonomi namun berhati-hati kepada risiko matawang Pound Sterling yang mungkin menjadi mangsa penjualan menjelang pilihanraya Parlimen Eropah dalam sembilan hari. Jumlah pengundian yang buruk bakal memberi tekanan kepada Perdana Menteri Theresa May untuk menyempurnakan perjanjian Brexitnya.