Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso pada Selasa menyatakan bahawa beliau sedang memerhatikan pergerakan matawang dengan penuh tekun selepas lonjakan pada dagangan Yen baru-baru ini, menyokong kebimbangan para penggubal polisi terhadap pergerakan turun naik harga yang berlebihan.
Tidak memberikan komen terhadap paras pertukaran matawang asing dengan lebih terperinci, Aso menekankan kepetingan terhadap kestabilan matawang Yen Jepun, yang cenderung menjadi aset tarikan para pelabur ketika pasaran global dalam keadaan tidak menentu dan berisiko.
Penggubal polisi di Jepun cuba untuk membincangkan strategi untuk membendung matawang Yen untuk terlalu mengukuh, di mana akan mengurangkan persaingan eksport dan menjejaskan kebergantungan ekonomi terhadap sektor eskport Jepun.
Aso dalam kenyataannya mengatakan kestabilan matawang adalah sangat penting dan pergerakan matawang dalam pasaran harus dipantau dengan teliti.
Aso membuat kenyataan tersebut pada persidangan berita apabila diajukan soalan berkenaan matawang Yen yang mencapai paras tertinggi 7 bulan berbanding dolar USD berikutan kebimbangan terhadap isu perang dagang AS-China.
Beliau juga menyatakan ketidaktentuan pergerakan pasaran pada waktu sekarang tidak akan menjejaskan rancangan kerajaan untuk kenaikan cukai jualan daripada 8% kepada 10% yang dijadualkan pada Oktober nanti, sebagai usaha untuk membendung kejutan terhadap ekonomi.
Kerajaan Jepun sudah sekian lama tidak turut campur dalam pasaran kewangan sejak 2011 selepas campur tangan yang dilakukan sebelum ini untuk mengawal kenaikan berlebihan Yen berbanding dolar USD ekoran krisis nuklear Fukushima dicetuskan oleh gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.