Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat hanya berjaya mencatat peningkatan tipis pada bulan Ogos dan pelaburan perniagaan kekal lemah. Data ini menunjukkan bahawa ekonomi AS semakin kehilangan momentum berikutan perang dagang.
Walaubagaimanapun laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat oleh Jabatan Perdagangan tidak menunjukkan indikasi bahawa kegawatan ekonomi akan berlaku kerana perbelanjaan pengguna masih didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan kadar pengangguran yang rendah.
Menurut ketua ekonomi MUFG di New York, perbelanjaan pengguna perlahan pada bulan Ogos berikutan pergolakan pasaran dan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat telah menyebabkan para pembeli lebih memilih untuk menyimpan daripada berbelanja. Walaubagaimanapun data ini menunjukkan tanda-tanda untuk berhadapan kegawatan ekonomi masih lagi jauh.
Perbelanjaan pengguna yang merangkumi 2/3 ekonomi Amerika Syarikat meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Ogos berikutan didorong oleh perbelanjaan ke atas barangan rekreasi dan kenderaan bermotor. Walaubagaimanapun perbelanjaan di restoran dan hotel jatuh.
Pengenaan tarif oleh China ke atas barangan pengguna telah menyebabkan terdapat kekhuatiran bahawa perbelanjaan pengguna akan perlahan. Bukan itu sahaja, pasaran juga mengkhuatirkan bahawa pelaburan perniagaan yang lemah dan pertumbuhan keuntungan yang lembap akan menghambat syarikat-syarikat untuk menambah bilangan pekerja.
Pada minggu lepas The Fed telah mengurangkan kadar faedah buat kali kedua pada tahun ini dan menekankan bahawa terdapat risiko pengembangan ekonomi dalam jangka masa panjang dan pertumbuhan global yang perlahan.