Permulaan dagangan minggu ini dijangka pasif dan bergerak perlahan ekoran bank-bank pusat utama dunia masih lagi ditutup sempena Easter holiday. Sebarang berita penting yang dilaporkan akan memberikan kesan pergerakan volatile harga disebabkan kecairan yang rendah dalam pasaran.
Untuk sesi dagangan Asia hari ini, pasaran New Zealand, Australia dan Hong Kong masih ditutup dan pasaran yang dibuka hanyalah di Jepun dan Singapura. Dagangan akan kembali normal pada Selasa setelah semua pasaran kembali beroperasi semula.
Matawang-matawang utama dunia pada sesi pasaran Asia hari ini bergerak perlahan namun hanya matawang dolar Kanada yang sedikit menyerlah dengan menunjukkan kenaikan harga.
Pengukuhan CAD adalah berikutan faktor laporan terkini berkenaan Amerika Syarikat yang mengumumkan untuk menyekat sepenuhnya eksport minyak Iran. Laporan tindakan agresif tersebut, Amerika Syarikat tidak lagi mengecualikan sekatan untuk negara pengimport tertentu.
Berita terhangat untuk pasaran minyak mentah ini akan memberi kesan terhadap dagangan pasaran sepanjang minggu ini setelah Amerika Syarikat lebih serius untuk menghadkan kadar import minyak terhadap Iran dan mengurangkannya sehingga hampir ke paras sifar.
Pasaran juga akan memantau respon oleh negara pengimport Iran berkenaan isu ini. India terus akan menjadi pembeli utama dan Rusia juga berkemungkinan akan menyokong Iran untuk mendapatkan bekalan minyak dalam pasaran.
Berita penting ini akan memberikan kesan positif terhadap dagangan Loonie berikutan faktor eksport minyak terbesar di Kanada. Harga minyak akan meningkat dan akan turut mendorong permintaan CAD dalam pasaran semasa.
Selain itu, dolar CAD juga akan menjadi tumpuan pada Rabu berikutan mesyuarat penetapan kadar oleh bank pusat Kanada dengan jangkaan kadar faedah masih lagi akan dikekalkan di paras 1.75% seperti sebelum ini.
Sementara itu, matawang komoditi Australia pula dijangka akan bergerak lemah menjelang data inflasi pada Rabu yang dijangka akan mencatatkan bacaan angka yang menurun.