Matawang AS Dolar berlegar pada paras terendah dua bulan setengah pada dagangan hari ini berikutan jangkaan untuk penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (FED) semakin meningkat, tetapi pelabur juga mengambil langkah berhati-hati dalam posisi penjualan AS Dolar menjelang Sidang Kemuncak G20 pada bulan ini.
Terbaru Trump mengancam untuk menambah tarif sebanyak $300 bilion terhadap China jika Presiden Xi Jinping tidak membuat kemajuan pada perhimpunan negara G20 yang dijadualkan pada hujung bulan ini. Ini menjadikan tarif terhadap kesemua produk China berjumlah $500 billion.
Dalam perkembangan sesi Eropah, Pound menunjukkan pelonjakan yang ketara selepas laporan pekerjaan dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan UK di mana hadir pada bacaan yang terendah sejak Oktober-Disember 1974 iaitu 3.8%. Tambahan lagi, purata pendapatan di UK dicatatkan baik daripada ramalan pasaran iaitu 3.1% berbanding 3.0%.
Menjelang sesi New York malam ini, tumpuan pelabur akan terarah kepada indeks harga pengeluar Amerika Syarikat yang bakal memberi cerminan kepada data inflasi AS. Pasaran meramalkan kejatuhan dalam data malam ini ekoran kelemahan dalam harga minyak mentah global pada bulan lepas.