Sektor pembuatan di Amerika Syarikat bergerak perlahan ekoran kenaikan tarif yang dikenakan ke atas barangan menjadikan harga barang lebih mahal. Kesannya, sektor ini mengalami penyusutan buat kali pertama sejak September 2009.
Indeks bagi sektor ini telah jatuh dibawah paras 50 pada Ogos dan merupakan yang paling rendah dalam tempoh 119 bulan. Mengikut perkiraan, angka diatas 50 menunjukkan pertumbuhan manakala dibawah 50 menunjukkan sebaliknya.
Sesetengah pakar menganggap sektor pembuatan di peringkat global sudahpun mengalami fasa kemelesetan. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Project Management Institute (PMI), keyakinan terhadap sektor ini telah jatuh untuk 7 bulan berturut-turut dan berada di tahap yang rendah sejak Julai 2012.
Perang dagangan yang berlaku diantara AS-China memberi kesan negatif terutama sekali kepada sektor pembuatan. Perkara ini menjejaskan pertumbuhan global serta aktiviti dagangan ke luar negara.
Akan tetapi, aspek paling utama yang harus dikhuatiri ialah mengenai data terkini yang jelas menunjukkan kelembapan pada pertumbuhan dalam perniagaan baru, dimana telah jatuh ke paras yang paling rendah dalam dekad ini. Pertumbuhan merosot kerana sudah kehilangan momentum merentasi sektor perkhidmatan.