Dagangan hari ini bergerak pasif ekoran pelabur mula bercuti sempena Easter Day. Bermula pagi, Jepun mengeluarkan data kadar inflasi di mana inflasi harga pengguna Jepun meningkat kepada 0.5% tahun ke tahun pada bulan Mac 2019 daripada 0.2% pada bulan sebelumnya. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak November tahun lepas.
Penutupan pasaran Asia sebentar tadi ditutup tinggi berikutan kenaikan di pasaran Wall Street semalam dan selepas laporan daripada Reuters mengatakan bahawa teknologi China (Tencent) memenangi kelulusan untuk mula menjual konsol permainan Nintendo Switch di China.
Menyentuh kepada pasaran komoditi minyak mentah (WTI), harga diniagakan baik sekitar $64.00 tetapi kekal di paras tertinggi $64.79. Pemotongan OPEC yang berterusan yang digabungkan dengan sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela terus memainkan peranannya dalam mengetatkan bekalan global, seterusnya mengekalkan harga yang disokong.
Dalam sesi dagangan New York, permit pembangunan di Amerika Syarikat jatuh 1.7% dari sebulan sebelumnya kepada kadar tahunan 1.3 juta pada bulan Mac 2019, di bawah jangkaan pasaran kenaikan 0.3% kepada 1,300 ribu.