Matawang US dolar kembali kukuh kembali daripada paras rendah berikutan data ekonomi yang lemah dan kekhuatiran terhadap perjanjian perdagangan antara Beijing dan Washhington. Hal ini telah menyebabkan para pedagang matawang lebih memilih matawang safe haven.
Permintaan terhadap aset safe haven yang meningkat telah mendorong pengukuhan matawang yen dan Swiss franc. Walaubagaimanapun, matawang US dolar berjaya melonjak kembali daripada paras rendah yang dicapai semasa pasaran Asia.
Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sedikit sebanyak 0.01% pada paras 98.240 setakat jam 11.25 p.m. Matawang dolar telah jatuh sebanyak 0.1% dalam sesi pasaran Asia.
Penganalisis berpendapat kebiasaanya matawang dolar cenderung untuk kukuh pada akhir tahun dan permintaan terhadap matawang US dolar juga meningkat berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Menurut Brad Becthel. sikap optimis pasaran terhadap pemulihan ekonomi dan pelonjakan kembali dalam perdagangan global belum cukup kukuh untuk matawang lain mengatasi prestasi US dolar.
Pertumbuhan hasil pengeluaran perkilangan China perlahan lebih daripada jangkaan pada bulan Oktober dan ekonomi Jerman hanya berjaya menghindari risiko kegawatan ekonomi dengan kadar yang tipis.
Tumpuan pasaran kini terarah pada kemajuan hubungan perdagangan antara AS dan China.