United Nations Children’s Fund atau lebih dikenali sebagai UNICEF merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada 11 Disember 1946. Organisasi ini bertujuan untuk menjamin kebajikan kanak-kanak dan wanita dalam peringkat global.
Berikutan dengan masalah dana yang dihadapi oleh PBB, UNICEF kini menerima sumbangan dalam matawang kripto iaitu Bitcoin dan Ether. Usaha yang dilakukan ini adalah untuk mengelakkan caj transaksi wang ke luar negara yang dikenakan.
Selain itu, ianya juga akan memudahkan mereka untuk mendedahkan kepada para penderma tentang perbelanjaan sumbangan yang dilakukan.
Dalam satu kenyataan, UNICEF menjelaskan bahawa mereka akan mengekalkan ‘chain of custody’ untuk matawang tersebut. Di samping itu, mereka turut menyatakan bahawa inisiatif berkenaan akan membolehkan para penerima memperoleh sumbangan yang lebih banyak berbanding wang tunai.
Walau bagaimanapun, sumbangan tersebut boleh digunakan untuk program jangka masa pendek sahaja kerana pasaran matawang kripto yang tidak menentu. Seterusnya, salah satu penyumbang kepada UNICEF Cryptocurrency Fund ialah Ethereum Foundation.
Kesimpulannya, pasaran matawang kripto semakin meluas dan ramai yang memilih untuk menggunakannya dalam urusniaga mereka. Jadi, anda bila lagi?