Bitcoin mendapat perhatian ekoran daripada lonjakan melepasi paras harga $19,000 mencecah $19,469 semalam.
Bagaimanapun, pelabur wajar untuk berhati-hati kerana mungkin aset bernilai ini akan berhadapan dengan pullback (pembetulan harga) pada $20,000 berdasarkan 3 faktor:
Senario Bull Trap!
Bull trap merujuk kepada pembeli atau holders terperangkap dalam penyusutan harga aset.
Jika Bitcoin gagal menembusi zon harga $19,200 hingga $19,300, ada potensi untuk pullback berlaku. Seorang pelabur kripto memberitahu paras $16,000 akan kekal sebagai paras sokongan makro.
$20,000 Sebagai Rintangan Utama
Setakat ini tiada lagi bukti menunjukkan BTC akan melonjak lebih tinggi dari $20,000.
Kebanyakan penganalisis dan eksekutif industri menjangkakan Bitcoin mungkin mencecah sekitar $25,000 hingga $100,000 bagi kitaran semasa. Tidak mustahil jika minat pembeli akan meningkat mendadak, menghalang harga aset itu melepasi $20,000.
Kadar Dana Yang Tinggi
Bagi keseluruhan pertukaran matawang kripto utama, kadar dana bagi kontrak pertukaran berterusan Bitcoin telah meningkat dari 0.05% hingga 0.1%. Ini bermakna pembeli atau holders membayar short-sellers dengan sebahagian besar kedudukan mereka.
Kadar dana yang positif menarik short-sellers untuk bertindak di zon harga $20,000.
Apa-apa pun, sehingga kini pasaran over-the-counter (OTC) masih aktif. Ini bermakna kebanyakkan pemilik besar Bitcoin termasuk institusi akan membeli aset tersebut.
Walaupun terdapat kesulitan, namun ramai penganalisis berpandangan optimis untuk harga BTC berpotensi melepasi paras $20,000.