Pound Sterling turut bergerak lemah seperti mata wang Eropah Euro sehingga ke penghujung dagangan minggu ini sementara perkembangan rundingan Brexit masih perlahan.
Namun, seperti negara Eropah yang lain, United Kingdom (UK) tidak terlepas menerima kesan penularan pandemik Covid-19 untuk gelombang terbaru.
Kes jangkitan harian di UK semalam merekodkan angka 23,065 kes dengan 280 kematian. Namun begitu, kerajaan dilaporkan tidak akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya walaupun kes jangkitan virus meningkat tinggi.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mencatatkan penurunan harian sekitar 140 pips pada Khamis dengan prestasi merosot Pound sepanjang minggu ini.
Harga yang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kemudiannya telah turun semula di bawah paras 1.30000 pada zon SBR (support become resistance) sehingga ke RBS (resistance become support) di bawah 1.29000.
Namun, selepas menguji zon RBS tersebut, harga sedikit meningkat semula untuk menutup dagangan sesi New York di paras sekitar 1.29300 dan mendatar di sesi Asia pada Jumaat.
Pergerakan harga masih di bawah paras halangan MA50 yang menjangkakan harga akan terus membuat penurunan lebih rendah melepasi paras 1.28500.
Zon support sekitar 1.27600 dilihat akan menjadi sasaran destinasi pada penurunan harga seterusnya.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras penting 1.30000 akan kembali menjadi tumpuan sebelum kenaikan lebih tinggi akan menguji zon SBR 1.30700.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.