Jangkaan penganalisis komoditi logam kuning menepati ramalan apabila harga emas turun sehingga ke paras $1,800 pada dagangan sesi New York semalam.
Seperti pergerakan harga yang dipaparkan pada carta XAU/USD, harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 1875.00 sehingga menembusi zon support 1850.00 pada permulaan dagangan di awal minggu.
Penurunan diteruskan pada Selasa semalam apabila harga turun ke paras 1800.00 mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.
Paras tersebut menjadi paras sokongan harga selepas harga berjaya menembusi ke paras lebih tinggi pada dagangan Julai lalu.
Pelabur perlu terus memantau sentimen pasaran semasa untuk menjangkakan pergerakan harga emas yang dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran.
US dolar pada waktu ini dilihat bergerak susut ekoran pasaran meletakkan keyakinan terhadap perkembangan positif vaksin selain faktor pemulihan sentimen politik di Amerika Syarikat (AS) yang turut memberi kesan penyusutan US dolar.
Pada dagangan hari ini, harga bergerak mendatar di atas paras 1800.00 dengan kenaikan dilihat akan menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih menunjukkan trend bearish.
Jika kenaikan berjaya diteruskan melepasi MA50, zon SBR (support become resistance) 1850.00 akan kembali diuji semula yang akan menjadi rintangan harga.
Namun jika harga terus membuat penurunan di bawah paras 1800.00, paras terendah terbaru sejak Julai akan dicatatkan berkemungkinan menuju sekitar paras sokongan 1760.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.